Selamat Datang Ke Website Sentuhanemas.Com.Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti kursus website & pemasaran internet, Web design & Personal Coaching dalam bisnes. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.Terima Kasih.

Borang Daftar
GOLD Spot Price
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday63
mod_vvisit_counterThis week255
mod_vvisit_counterLast week339
mod_vvisit_counterThis month1426
mod_vvisit_counterLast month1487
mod_vvisit_counterAll days15532

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.179.242
 , 
Today: FEBRUARY_SHORT 23, 2012

Berita Terbaru

Popular

KURSUS WEB CMS JOOMLA! SECARA PERSONAL COACHING ANJURAN RICHSTAR RESOURCES DI KOTA KINABALU SABAH.

"Bina Sendiri (Do.It.Yourself) Laman Web Gaya Korporat & Profesional Untuk Syarikat , Jabatan Atau Pelanggan Anda!" Meneroka Peluang Perniagaan Baru - Binakan Laman Web 'Pelanggan' Anda Dengan Joomla! Dalam Masa Yang Singkat, Jimat Kos Dan Sungguh Profesional!



Salam sejahtera kepada anda,

Pernahkah anda mendengar nama Joomla? Dan ditulis sebagai Joomla! (perhatikan betul-betul... ada tanda seruan di hujungnya. Tanda tersebut juga adalah sebahagian daripada 'trademark'nya) Joomla! ialah sebuah aplikasi sistem yang dikategorikan sebagai CMS.

 

Apa itu CMS?

CMS adalah ringkasan perkataan Content Management System (Sistem Kandungan Pengurusan). CMS merupakan sebuah aplikasi perisian yang boleh menyimpan, memapar dan memantau setiap bahagian kandungan di dalam laman web anda seperti dokumen, teks, foto, muzik, video atau apa sahaja yang anda fikirkan sesuai yang dimasukkan di laman web anda.

Antara kelebihan utama menggunakan CMS ialah pengguna tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi atau kemahiran pengaturcaraan (programming) kerana aplikasi CMS ini yang akan menguruskannya untuk anda!

Banyak aplikasi CMS yang ada di dunia seperti Drupal, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, Geeklog dan lain-lain lagi. Namun Joomla! adalah antara yang paling popular penggunaannya.

 

Ciri-ciri sebuah laman web CMS.

  • Reka Bentuk atau Theme: Anda boleh memilih mana-mana rekabentuk (Theme) piawai mengikut citarasa anda. Ia tidak akan menjejaskan kandungan sedia ada di dalamnya. Ini membolehkan laman web anda kelihatan profesional dengan hanya beberapa klik sahaja.

  • Kandungan Yang Mudah Disunting: Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan Editor (What You See Is What You Get =  WYSIWYG) yang membolehkan kandungan disunting seperti menggunakan Word Processor. Ini dapat memudahkan kerja-kerja penyuntingan.

  • Modul dan Panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan mudah. Ia dapat memperluaskan fungsi sesebuah laman web.

  • Peningkatan Web / Upgrade: CMS boleh dikemaskini dengan versi terbaru tanpa perlu mengubah kandungan asalnya. Ini menjimatkan masa dan mengelakkan risiko ralat yang berlaku. Peningkatan web ini selaras dengan perkembangan pembangunan semasa CMS oleh komuniti.

  • Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan pengdokumentasian berlaku samada untuk capaian pengguna mahupun pentadbir sistem (Administrator).

 

Tahukah anda?...

Banyak syarikat dan organisasi di dunia memilih CMS Joomla! sebagai laman web mereka. Ini kerana kelebihan Joomla! yang memang sangat praktikal dan mudah diselenggara untuk sesebuah laman web dinamik @ portal @ korporat berbanding aplikasi CMS lain.

 

 

Siapa Pengguna Joomla!?

Lihat Dan Nilaikan Sendiri Mengapa Mereka Memilih Joomla!...?

Antara organisasi yang menggunakan Joomla! seperti:

  1. Harvard University (Educational) - http://gsas.harvard.edu
  2. Citibank (Financial institution intranet) - bukan untuk capaian umum.
  3. MTV Networks Quizilla (Social networking) - http://www.quizilla.com
  4. IHOP (Restaurant chain) - http://www.ihop.com
  5. The Green Maven (Eco-resources) - http://www.greenmaven.com
  6. Outdoor Photographer (Magazine) - http://www.outdoorphotographer.com
  7. PlayShakespeare.com (Cultural) - http://www.playshakespeare.com
  8. Senso Interiors (Furniture design) - http://www.sensointeriors.co.za

Sekadar menyenaraikan beberapa organisasi sahaja. Anda boleh melihat senarai pengguna Joomla! yang lain berdasarkan jenis organisasi, anda boleh klik di sini.

Di Malaysia...

Penggunaan Joomla! boleh dikatakan masih belum terlalu popular. Namun, sedarkah anda kebanyakan jabatan dan organisasi kerajaan menggunakan Joomla! sebagai laman web Jabatan / Kementerian mereka.

Laman web tersebut berfungsi sebagai sebuah portal yang mengandungi berbagai fungsi seperti pendaftaran ahli, forum, video, dokumen, memuat turun dokumen, borang dan sebagainya. Inilah kemampuan Joomla! yang memang tidak dapat disangkal lagi.

Nampaknya banyak jabatan / kementerian kerajaan di Malaysia lebih sukakan Joomla!. Anda tentu boleh mengagak sebabnya? Ya... kerana ianya PERCUMA! Namun percuma bukan tiada kualiti.

Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri kualiti laman web Joomla! di bawah ini. Senarai laman web yang dibangunkan menggunakan Joomla!:

Jabatan Kerajaan

  1. www.jpbdselangor.gov.my
  2. www.mohr.gov.my
  3. www.jtksm.mohr.gov.my
  4. www.jkpnm.melaka.gov.my
  5. www.jaip.pahang.gov.my
  6. www.pahang.gov.my
  7. www.kedah.edu.my
  8. www.jksm.gov.my
  9. www.prison.gov.my
  10. www.jkmnj.gov.my
  11. www.jpa.gov.my
  12. www.malaysianbar.org
  13. www.polijb.edu.my
  14. www.insolvensi.gov.my
  15. www.2ns.gov.my
  16. www.ipkent.edu.my
  17. Dan banyak lagi........

Jabatan Swasta

Memang terbukti keupayaan Joomla sangat mengagumkan selepas anda melayari laman web di atas kan! Anda setuju?

Ohhh... ingat ya!... Joomla! adalah barang PERCUMA! Sesiapa pun boleh memilikinya. Termasuk diri anda sendiri. Adakah anda menjangkakan barang percuma boleh menghasilkan keupayaan seperti ini? Sesuai dengan kemampuannya, ada di antara laman web tersebut telah diubahsuai (customize) mengikut citarasa organisasi atau syarikat tersebut. Pengubahsuaian tersebut boleh dilakukan menggunakan extension tertentu.

Inilah kelebihan Joomla! Dimana banyak modul dan extension boleh digunakan. Modul dan extension ini boleh didapati di dalam komuniti Joomla! juga secara PERCUMA!. Antara komuniti dan extension Joomla yang popular ialah seperti community.joomla.org , extension.joomla.org.

 

Mengapa Mereka Memilih Joomla!? Antara Sebabnya...

  1. Joomla boleh dimiliki secara percuma.
  2. Pemasangannya mudah berbanding jika perlu membinanya sendiri.
  3. Laman web bersifat dinamik (bukan statik seperti laman web html)
  4. Laman web boleh dikemaskini secara online.
  5. Laman web boleh diubahsuai atau customize mengikut citarasa anda.
  6. Laman web mudah diurus. Boleh diurus walau bukan kakitangan IT.
  7. Laman web boleh diintegrasi dengan berbagai modul / plugin yang canggih.
  8. Banyak modul / plugin boleh didapati secara percuma.

 

Sejarah Ringkas Joomla!

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan bahasa Swahili (iaitu bahasa satu kaum di Afrika). Maksud Joomla! ialah "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya".

Kebetulannya pula maksud Joom ini sama seperti bahasa Melayu ya! Apa maknanya tu ya? Bak kata Nabil.. "lu pikir la sendiri!" Adakah kita berasal daripada keturunan Afrika juga? atau maksud ini kebetulan sahaja? ...

Akhirnya nama Joomla ini dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan yang mempunyai ceritanya tersendiri mengenai sumber terbuka dan CMS.

Begini cerita ringkasnya... Joomla sebenarnya adalah keluaran penjenamaan semula CMS bernama Mambo 4.5.2.3 yang dikeluarkan oleh syarikat Miro Corporation dari Australia. Sepanjang penggunaan Mambo, ianya memang popular dan menerima beberapa pengiktirafan sebagai CMS sumber terbuka (open source) terbaik di dunia.

Pada tahun 2005 berlaku pertelingkahan berhubung isu 'sumber terbuka' di antara komuniti Mambo (ketika itu) dan Miro Corporation.

Akibat daripada keadaan itu, komuniti Mambo (yang tidak berpuashati dengan isu tersebut dan beberapa perkara lain) telah menubuhkan satu badan bukan keuntungan lain 'non-profit organization' yang dinamakan Open Source Matters (OSM). Dan mereka telah mengeluarkan satu aplikasi yang sama seperti Mambo tetapi dinamakan Joomla! Maka dengan itu Joomla! adalah di bawah milik kumpulan OSM.

Keluaran pertama Joomla ialah Joomla! versi 1.0 pada 16 September 2005.

Ternyata dari segi popularitinya, Joomla! lebih popular dan digemari penggunaannya berbanding Mambo sejak ianya mula diperkenalkan hinggalah sekarang. Ini kerana Joomla mempunyai komuniti yang aktif dan besar berbanding Mambo. Komuniti ini sentiasa menyumbang sesuatu yang baru untuk pembangunan Joomla! itu sendiri.

 

Joomla! 1.5. Joomla! 1.5 adalah versi yang terbaru menggantikan Joomla 1.0.

Versi keluaran akan datang ialah Joomla! 1.6  namun ramai yang masih dalam peringkat 'tunggu' dan 'lihat' kerana versi ini mungkin masih belum terlalu dipercayai buat masa ini atau dipanggl versi beta (percubaan).

Tahukah anda Joomla! 1.5 sebenarnya adalah kod yang ditulis semula  menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5 dan pangkalan data MySQL (ianya juga sumber terbuka yang boleh didapati dengan PERCUMA!).

Namun, menggunakan Joomla! tidak memerlukan anda menulis semula sebarang kod-kod pengaturcaraan kerana ianya telah lengkap dengan modul yang siap dipasang dan boleh terus digunakan secara 'plug' & 'play'. Memang mudah untuk membina sebuah laman web profesional dengan Joomla!

 

Kini Anda Boleh Membina Laman Web D.I.Y Anda Dengan Joomla! 1.5

Oleh kerana Joomla! boleh dimiliki secara percuma, maka sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Tidak kira samada individu ataupun syarikat. Saya memang sangat menggalakkan anda menggunakan Joomla!1.5 jika anda bercadang untuk membina laman web profesional anda atau syarikat anda sendiri.

Ataupun jika anda menawarkan servis membangunkan laman web syarikat atau individu yang mementingkan ciri-ciri profesional dan korporat. Maka Joomla! 1.5 adalah pilihan yang tepat!

Dengan menggunakan Joomla! laman web anda nampak sangat profesional tetapi tanpa memerlukan sebarang kos! iaitu PERCUMA (melainkan anda hanya perlu membeli domain & hosting sahaja supaya laman web anda boleh dicapai di Internet nanti...) Kini banyak syarikat hosting menawarkan pakej domain & hosting yang murah dan menarik yang juga mengandungi perisian Joomla! 1.5 bersama di dalamnya. Sekiranya anda inginkan kemudahan ini, anda boleh membeli hosting jenis Linux yang mempunyai kemudahan CPanel.

 

Antara keupayaan Joomla! yang boleh digunakan untuk pembangunan pelbagai jenis laman web:

  1. Laman Web Korporat
  2. Portal Komuniti
  3. Web Aplikasi Kerajaan
  4. Majalah atau Suratkhabar Online
  5. Laman Web Perniagaan
  6. E-commerce dan sistem tempahan online
  7. Laman Web keluarga atau individu

Pelbagai lagi laman web mengikut kehendak anda!

Oleh yang demikian Joomla! boleh digunakan untuk pelbagai jenis tujuan samada untuk korporat atau syarikat, persatuan, portal, peribadi, e-dagang (e-commerce) yang dilengkapi shopping cart dan sebagainya seperti di atas.

Kini Anda Boleh Memasang Sendiri Joomla! 1.5 Yang Profesional Dan Jimatkan Ribuan Kos Daripada Membayar Upah Kepada Pihak Luar!

 

Kursus Web Joomla! Joomla! 1.5

Objektif Kursus:

  • Mendedahkan potensi sebenar sumber terbuka CMS Joomla! 1.5 yang boleh digunakan sebagai sebuah laman web @ portal korporat atau organisasi.

  • Menunjukkan secara teori dan DIY (do it yourself) atau praktikal pemasangan Joomla! 1.5 sehingga menjadi sebuah laman web dan boleh dikemaskini sendiri tanpa perlu mengupah webmaster.

  • Menggalakkan organisasi menggunakan sumber terbuka yang terbaik untuk syarikat mereka agar dapat menjimatkan kos tetapi tidak menjejaskan kualitinya.


Siapa Patut Hadir?

  • Individu awam yang ingin mempelajari Joomla! 1.5 dengan cara yang betul.

  • Individu yang ingin menjadikan dirinya 'freelancer' dan boleh menawarkan servis pemasangan laman web profesional Joomla! 1.5 kepada pihak yang berminat.

  • Organisasi yang ingin mendalami Joomla! 1.5 dan menjadikan pembinaan laman web Joomla! 1.5 sebagai satu bidang baru dalam perniagaannya.

  • Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang bercadang untuk membangunkan laman web syarikat yang profesional secara dalaman (in-house).

  • Pembuat keputusan sesebuah syarikat yang ingin melihat kemampuan Joomla! 1.5 untuk sebarang projek yang berkaitan.

  • Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang telah mempunyai laman web Joomla! 1.0 atau 1.5 tetapi tidak tahu menguruskannya.


Pra-Syarat Sebelum Hadir

Untuk memastikan kursus ini dapat dijalankan dengan lancar, maka pra-syarat berikut sebaiknya dimiliki oleh bakal peserta:

  • Biasa dan selalu menggunakan Internet.

  • Mahir menggunakan mouse, keyboard dan penggunaan pindah / salin fail.

  • Tidak Wajib - kelebihan mempunyai asas membina laman web dan lain-lain adalah bonus untuk memudahkan lagi pemahaman.

  • Mempunyai domain name, webhosting dan autoresponder. Jikalau anda belum memilikinya sila dapatkan melalui link dibawah ini:


Klik utk daftar domain

Klik utk daftar Autoresponder.

 

Atau
Anda nak beli Domain dot Com dan hosting Dengan membayar Sewa secara tahunan. Untuk kursus Web Joomla! anda wajib memiliki hosting. Klik baner di bawah untuk mendaftar:

Klik utk daftar domain dot com dan hosting

 


 

*Kami menjalankan kursus setiap hari kecuali hari Ahad. Jadi anda boleh memilih tarikh dan masa yang sesuai dengan anda sendiri untuk menghadiri kursus. Bilangan perserta adalah cuma 2 orang pada satu2 masa untuk memastikan apa yang disampaikan dapat dikuasai sepenuhnya.

 

Silibus Kursus

Sessi Pagi

  1. Pengenalan Kepada CMS Joomla!
  2. Kelebihan Laman Web berasaskan CMS Joomla!
  3. Perbezaan Laman Web Dinamik berbanding Laman Web Statik
  4. Pemasangan (Installation) WebServer
  5. Pemasangan (Installation) CMS Joomla!
  6. Memahami Ruangan dan Posisi Kandungan Laman Web CMS Joomla!
  7. Ruangan Pentadbiran Web CMS Joomla! (Administration)
  8. Panduan Fungsi-fungsi Pentadbiran CMS Joomla!
  9. Menguruskan Kandungan (Sections, Categories, dan Articles)
  10. Menguruskan Halaman Utama (Front Page Manager)
  11. Menguruskan Gambar-gambar (Media Manager)
  12. Menguruskan Menu (Menu Manager)
  13. Menukar Bahasa Utama Halaman Web (Language Manager)
  14. Menguruskan Pengguna (Users)
  15. Konfigurasi/Seting Asas Laman Web (Configuration)

 

Sessi Petang

  1. Menguruskan Ruangan Hiper-Rangkai (Web Links)
  2. Menguruskan Ruangan Pengiklanan Banner (Banners)
  3. Menguruskan Borang Hubungi Kami (Contact)
  4. Enjin Pencari
  5. Pengurusan Modul (Modules)
  6. Pengurusan Komponen (Components)
  7. Pengurusan (Plugins)
  8. Pengurusan dan Pemasangan Modul, Plugin dan Komponen Tambahan
  9. Komponen Tambahan Backup & Restore
  10. Komponen Galeri Gambar
  11. Menambah Kandungan dalam format Audio & Video
  12. Pengurusan Menu Tambahan
  13. Asas Keselamatan (Security) untuk Laman Web CMS Joomla!
  14. Search Engine Friendly(SEF) & Search Engine Optimisation (SEO)
  15. Memasang Laman Web Joomla! Di Internet.


Bonus Kepada Anda Yang Menghadiri Kursus Web CMS Joomla! Dengan Kami! Video Panduan Membina Website Professional Dengan Joomla 1.5 Bernilai RM120 Saya Berikan Kepada Anda Secara PECUMA Sahaja!

Kandungan Video:

Dan banyak lagi bonus-bonus percuma kepada anda! Diantaranya adalah:


Daftar Kursus Joomla Sekarang Untuk Mendapatkan Bonus Ini! Anda Berkursus Selama 1 Hari & Anda Boleh Menjadikan Video Panduan Ini Sebagai Bahan Ulangkaji & Rujukan!

Atau

Anda Berminat Nak Belajar Sendiri & Ingin Membeli Video Panduan Ini??Anda Boleh Membelinya Disini!


Kursus Joomla! 1.5 Paling Murah & Berkualiti.

Anda akan belajar Joomla! daripada orang yang sememangnya arif tentang Joomla! Cara kerja yang mementingkan kualiti dan mutu. Lihatlah beberapa contoh laman web yang dibangunkan dengan Joomla! 1.5 untuk beberapa syarikat di bawah ini:

 

dan yang paling dekat sekali adalah web saya sendiri ini www.sentuhanemas.com menggunakan joomla 1.5!

Sesuai dengan standard kepakaran dan pengalaman pembangunan laman web Joomla! yang dimiliki, kursus seperti ini memang layak diadakan untuk anda. Apapun sebaiknya yuran yang dikenakan mestilah setimpal dengan kepakaran yang dimiliki. Bak kata orang, servis hotel 3 bintang tentu tak sama dengan hotel 5 bintang!

Kebiasaannya kursus Joomla! 1.5 seperti ini akan mengenakan yuran yang tinggi. Jika anda semak harga di luar sana, harga standard yuran kursus profesional seperti ini adalah sekitar RM1,000 - RM1,200 untuk tempoh 1 hari kursus. Oh!... anda mungkin akan berjumpa dengan yuran kursus Joomla! yang lebih rendah.Tetapi AWAS!... anda perlu lihat pada modulnya dan berapa jumlah pesertanya .

Daripada pengalaman saya dalam bidang ICT seperti ini, sebenarnya kursus Joomla! untuk peserta yang ramai kurang berkesan. Anda tidak akan dapat memahami dan mencuba sendiri kecanggihan Joomla! kerana ia melibatkan banyak perkara-perkara yang agak teknikal berserta  anda perlu mencuba sendiri bersama-sama dengan kaedah yang akan ditunjukkan. Tetapi untuk kursus ini saya akan mengadakannya secara personal coaching dan 100% praktikal!

Namun, keinginan utama saya di sini ialah biarlah kadar yuran yang sangat minima supaya lebih ramai orang perseorangan atau organisasi mengenali dan menggunakan Joomla! Itu sudah cukup menggembirakan saya. Tambahan pula training center ini adalah milik saya sendiri. Jadi banyak kos yang boleh dijimatkan untuk mengadakan kursus seperti ini.

Kini dengan sukacitanya saya akan memberi harga potongan istimewa. Biasanya yuran standard untuk kursus Joomla! secara personal coaching 1 hari adalah sekitar RM1,000 - RM1,200. Ini adalah kadar standard harga pasaran.

Yuran kursus ini cuma RM1,000 RM500 sahaja! (ingat kursus ini adalah personal coaching dan 100% Praktikal. Anda jimat RM200 - RM400 untuk kursus ini!). Salah satu sebab saya dapat beri potongan harga istimewa ini ialah training center ini adalah milik saya sendiri. Tak perlulah saya menyewa kemudahan training lagi.

Untuk tempahan dan pendaftaran menghadiri kursus ini sila buat pembayaran melalui butiran seperti dibawah:


No Akaun: 510143120057
Nama: Richstar Resources
3rd Party Email:  Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya



No Akaun:07120000579201
Nama: Rijhon Bin Ikat


Selepas bank in bayaran sila isi borang pengesahan bayaran dibawah ini:

 

Nama Anda *
Email
Phone

###
-
###
-
####
Address

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Kursus Yang Ingin Disertai
Tarikh & Masa Bayaran

MM
/
DD
/
YYYY

HH
:
MM

AM/PM
Bank Pembayar
Bukti Bayaran
Paste Bukti Bayaran Anda Disini.
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]

 


 

Apa Kata Mereka Yang Telah Menyertai Kursus Ini:

Saya mengesyorkan kursus ini kepada sesiapa yang baru atau mempunyai masalah untuk memahami dengan Joomla. Sekarang saya dapat memahami bahawa Joomla adalah begitu senang dalam masa yang singkat untuk membantu saya membina website saya. Rijhon adalah seorang cikgu yang sangat informatif dan penuh dengan pengalaman, dan saya dapat memahami dengan cepat daripada cara yang digunakannya untuk mengajar saya. Terima kasih banyak kepada Rijhon :)

 


Alex Chong Likas Kota Kinabalu, Sabah

 


 

Kursus ini bagi saya amat baik sebab pendekatan 'Personal Coaching' yang di buat oleh coach Rijhon. Sebarang permasalahan dalam memahami Joomla! kita boleh tanya terus dengan coach dan boleh diselesaikan dengan cepat berbanding dengan menghadiri kursus yang mempunyai perserta yang ramai.

Mumad Dulah Kota Marudu, Sabah



 

Kursus akan diadakan mengikut tarikh yang anda pilih. Lokasi untuk tempat berkursus adalah seperti berikut:


RICHSTAR RESOURCES, Lot 37, Bilik 2, Tingkat 1, Universiti Plaza, 88450, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar dan lokasi berkursus adalah seperti dibawah:

Lokasi Kursus




Bilik Kursus





Bilik Kursus



Peta Lokasi

 

INTERNET ADALAH LOMBONG EMAS!

Contoh pendapatan saya dalam perniagaan internet:







Klik di sini sekiranya anda mempunyai
sebarang pertanyaan mengenai KURSUS WEBSITE atau hubungi terus HP: 013-8970829

 

 

Cari Kami Di Facebook