KURSUS PEMBINAAN WEBSITE & INTERNET MARKETING ANJURAN RICHSTAR RESOURCES DI KOTA KINABALU SABAH.
Jika orang lain berikan hadiah berupa e-book selambak, video sekotak, t-shirt sepasang, makanan hebat, template percuma dan pelbagai umpan yang mengiurkan, saya memilih untuk berikan anda EMAS iaitu MASA saya berada betul2 di sisi anda dan satu JAMINAN anda PASTI pulang sebagai webmaster!!! Jika ini yang anda cari selama ini saya ucapkan SELAMAT DATANG!. Anda akan mendapat satu sentuhan luarbiasa dan pengalaman yang samasekali berbeza...

Kenapa Anda Perlu Belajar Website?
Adakah anda tahu Apakah RAHSIA di sebalik kejayaan orang-orang yang telah berjaya buat duit cara online dan duit masuk hari-hari ke akaun bank mereka walaupun mereka lakukannya hanya dari rumah dan beberapa jam saja sehari...
Salam sejahtera, apa khabar? semoga sihat ..ok Tahukah anda.... ilmu yang “MESTI” ada pada setiap orang yang ingin menjalankan perniagaan di internet ialah.. ilmu membina website. Pastinya ramai yang FOBIA atau rasa TAKUT nak ambil tahu tentang “ilmu membina website”, tambahan pula ramai yang rasa mereka lemah IT dan tak ada masa yang banyak untuk mengkaji bidang ini. OK saya faham.Tapi anda tak perlu rasa begitu kerana "ilmu membina website" yang saya maksudkan bukanlah semestinya anda perlu menguasai ataupun mempunyai kemahiran tahap tertinggi mengenainya, tetapi jikalau anda ada...lagi bagus.. jika tidak, ilmu asas tentang “buat website” sudah mencukupi.
Sekiranya anda mempunyai idea untuk menjalankan perniagaan.Tak kira sama ada anda memiliki produk fizikal,digital atau perkhidmatan,yang mana dengan produk atau perkhidmatan anda itu, anda rasakan pasti medapat sambutan dari ramai orang,cuma masalah utama yang anda dihadapi ialah… anda tidak tahu membuat website,dan meletakkan website anda di internet....jadi bagaimana nak hebahkan produk tersebut kepada orang ramai???
Kaedah penyelesaian mudah!… UPAH ORANG!… Serahkan sahaja kepada yang pakar!
Atau projek anda itu terpaksa di buat secara offline saja atau boleh jadi juga projek ingin meletakkan perniagaan anda di internet terus terbengkalai.....
Fikirkan...
Memang kaedah mengupah webmaster untuk membuat website adalah suatu langkah yang bijak untuk menjimatkan masa, nampak mudah & berkesan, namun ia merupakan jalan penyelesaian jangka pendek.Perlukah anda mengupah webmaster hanya untuk perkara berikut:
- menambah gambar
- membetulkan ejaan yang tersilap
- menukar harga produk
- menukar saiz, warna dan bentuk tulisan
- menambah link dan sebagainya..
Sanggupkah anda di charge dengan harga beratus ringgit sedangkan perkara yang tertera di atas mampu dilakukan tak sampai 5 minit...
Hasil Jika Tahu ilmu Website...
Saya bukan pakar di bidang IT tetapi saya mampu lakukan ,walau hanya berkerja sendiri dari rumah, Syukur.. berkat usaha dan kesabaran purata pendapatan saya sebulan mencecah 5 angka sebulan. Walaupun ia bukanlah satu yang hebat sangat tetapi saya mendapat kebebasan masa dan kewangan yang mencukupi.Saya gembira kerana dapat bersama dengan keluaraga dan dapat bebas dari cengkaman makan gaji dengan orang lain..kepuasan ini hanya dapat dirasai jika anda melauinya sendiri.Semuanya berubah bila saya mula belajar ilmu website & marketing...
Sila baca, cuba faham dan fikir2kan...
-
Mampukah anda dibawa berlari jika anda baru belajar bertatih?
-
Bolehkah anda belajar speed reading jika anda baru kenal ABC?
-
Sesuaikah anda hadiri kelas falsafah, jika anda belum lulus ijazah pertama?
-
Jutawan internet manakah yang sanggup membimbing anda secara 1 on 1? Jika ada sekalipun, mampukah anda membayar harga masa mereka? Berbaloikah duit besar yang anda laburkan?
-
Perlukah anda ke hotel 5 bintang untuk belajar membina website?
-
Perlukah anda meredah kesesakan trafik ke tengah kotaraya untuk menuntut ilmu website jika ada suasana pembelajaran penuh kedamaian di Kota Kinabalu, Sabah?
-
Apakah mungkin anda berpeluang mendapat sentuhan personal dalam kelas yang besar? Apatah lagi jika anda ditempatkan bersama dalam satu kumpulan besar melebihi 20 orang?
Percayalah....anda sekadar habiskan duit di perjalanan....Oleh itu, cuba renung2kan pandangan yang saya lontarkan di atas okay? Anda mungkin bersetuju dengan saya, mungkin tidak. Apa pun saya hormati pendirian anda. Anda diberi pilihan...jadi anda yang pilih...
Jika anda ingin bergaya, pilihlah lokasi kursus yang menawarkan kehebatan prasarana yang berprestij. Ingat! Jangan salahkan penganjur bengkel atau seminar tersebut jika anda pulang hampa...anda mungkin tersalah memilih platform. Ingat! Saya pernah lakukan kesilapan ini. Perlukah anda ulangi kesilapan yang sama? Kesilapan yang perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal.
Jika anda inginkan impak maksima dan hasil yang berbaloi dari wang yang anda laburkan untuk menghadiri kursus membina website, pilihlah untuk hadir di kursus website anjuran Richstar Resources di Kota Kinabalu, Sabah.
Siapa patut hadir?
-
Individu yang ingin memulakan penerokaan bisnes di Internet. Belum pernah ada pengalaman menjana pendapatan dari Internet dan belum pernah reka web.
-
Individu yang ingin merperkasakan perniagaan Internetnya yang telah mula membuahkan hasil dengan mempelajari teknik2 promosi yang effective.
-
Individu yang berminat memulakan bisnes Internet pertamanya walaupun tidak memiliki sebarang produk sendiri untuk dijual.
-
Individu yang bercita2 menjadi seorang usahawan Internet sepenuh masa dan membebaskan diri dari belenggu kerja rutin yang membosankan.
-
Individu dari kalangan "Slow Learner" yang perlukan perhatian secara khusus dari seorang trainer yang benar2 sabar mendidik.
-
Individu yang pernah melakukan kesilapan dengan melabur sejumlah wang yang besar untuk berkursus tapi pulang hampa dan tak faham apa2.
-
Individu yang kuat semangat untuk mempelajari ilmu baru walaupun bidang itu nampak sangat asing baginya.
-
Individu yang pernah gagal bisnes konvensional dan ingin bangkit semula menebus kegagalan tersebut melalui paltform bisnes Internet.
-
Pemilik perusahaan samada kecil atau besar yang memiliki kapasiti pengeluaran yang tinggi tetapi menghadapi masalah pemasaran produknya.
-
Pesara dan bakal pesara yang ingin menjana pendapatan pasif secara santai dari keselesaan rumah tanpa sebarang tekanan sesuai dengan usia persaraan.
-
Mereka yang sukar mendapat cuti atau pelepasan disebabkan jadual kerja yang padat. Kursus ini dijalankan setiap hari. Anda pilih masa sendiri.
Banyak saluran pendapatan pasif melalui Internet. Anda hanya perlu penuhi satu syarat sahaja sebelum boleh mula menuai hasilnya. Anda perlu faham bahawa Internet adalah berkenaan Website. Oleh itu, tidak ada pilihan kedua, anda WAJIB belajar membina website.
Apa bezanya dengan kursus2 ditempat lain? di Richstar Resources ......
-
Saya langsung tidak menggunakan projektor...saya terus berada disisi anda. (Bukannya bercakap dari jarak yang jauh dan anda sekadar jadi pendengar)
-
Bilangan peserta dihadkan maksima 2 orang sahaja. (Kelas tetap dijalankan walaupun dengan hanya 1 peserta :) (Kami tidak perlu mengumpulkan bilangan peserta yang ramai pada satu2 masa sebab kami kendalikan kelas setiap hari sepanjang minggu kecuali hari Ahad)
-
Bimbingan ikut tahap kefahaman dan kemampuan yang berbeza.(Pendekatan ini bertujuan memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan terutamanya bagi mereka yang slow learner).
-
Kami kendalikan sendiri sepenuhnya bukannya bayar gaji trainer untuk mengajar. Kami membimbing dan menjawab setiap kemusykilan anda secara personal,tanpa bantuan facilitator bagi memastikan anda mendapat kesan terbaik).
-
Fokus kepada perkara pokok dan "MUST HAVE". Kita akan berfokus kepada perkara2 pokok yang wajib dikuasai oleh setiap pereka website dalam membangunkan website jualan yang baik. Masa yang selebihnya barulah kita menyentuh hal2 accessories atau penambahbaikan website anda.
-
Peluang seluas2nya untuk anda bertanya.(Anda bebas bertanya dengan rasa selesa tanpa perasaan rendah diri walaupun soalan yang ditanya itu merupakan soalan "paling asas"). Suasana mesra dan conducive yang merangsang minda untuk belajar.
-
Anda tidak pulang selagi belum mahir.Anda boleh memilih untuk menyambung latihan dihari berikutnya bersama peserta2 baru tanpa sebarang bayaran tambahan. Inilah komitment saya dalam memastikan semua peserta kursus Richstar Resources, pulang dengan perasaan puas hati.
Apa anda perlu faham?
"Kita bukan datang untuk buat website "entertainment" tapi kita belajar buat website bisnes. Kita mahu buat duit melalui website, bukannya terus menghabiskan duit belajar website di sana sini tanpa sebarang hasil."
Sebuah website perniagaan harus mampu menjual. Ia perlu memenuhi 5 syarat seperti dibawah:
-
Ada produk yang jelas tak kiralah samada produk sendiri atau produk orang lain (affiliate).
-
Sebutharga yang jelas. Ada produk tentulah ada nilainya, jadi kena sebut harganya.
-
Sediaka butang bayaran supaya pelanggan hanya perlu klik sahaja untuk buat bayaran terus ke akaun bank anda..
-
Gunakan kaedah berinteraksi secara automatik dengan prospek atau pelanggan anda. lengkapkan website jualan anda dengan sistem Autoresponder.
-
Lakukan promosi dengan kos yang munasabah dan buat analisis pulangan atas pelaburan anda (ROI). Ukur keberkesanan aktiviti apromosi anda.
Tolong Baca Ya! Persediaan Sebelum Menghadiri Kursus Website:
-
Buang perasaan rendah diri walau anda rabun IT (Kursus ini bertujuan membimbing, bukannya medan menguji kehebatan tahap ilmu IT anda)
-
Bawa laptop & broadband sendiri (Kemudahan WiFi tidak disediakan)
-
Bawa Kad Debit/Kredit(Untuk tujuan mendaftar Domain dan mendaftar sistem Autoresponder.)
-
Download perisian berikut(Supaya kelas dapat dimulakan tepat pada masanya ) | Download KompoZer | Download Filezilla |
-
Buka link laman ini dan cuba teroka isi kandungannya setakat yang termampu. Jangan risau jika anda hadapi kesukaran utk memahaminya kerana anda akan mendapat jawapannya dengan mudah setelah menghadiri Kursus Website ini.


Klik utk daftar Autoresponder.
Atau
Anda nak beli Domain dot Com Dengan membayar Sewa secara tahunan,Klik baner di bawah:
Klik utk daftar domain dot com dan hosting
Antara Kandungan Kursus:
Kandungan Kursus
Tajuk 1: Membina Website Pertama Anda
- Kaedah mendaftar domain anda.
- Kaedah mengaktifkan domain anda.
- Kaedah membuat domain parking di hosting anda.
- Pengenalan kepada perisian KompoZer
- Pengenalan kepada perisian File Zilla
- Mencipta website pertama anda.
- Cara masukkan text dan edit text
- Cara masukkan image yang diambil dari laman web sedia ada.
- Cara edit dan crop image dari local file anda sendiri dan upload ke server.
- Cara paling simple mengendalikan perisian Paint untuk cropping.
- Cara letakkan link ke image location di server anda.
- Cara mengesahkan link ke image location supaya image anda keluar di preview.
- Cara masukkan video ke laman web anda.
- Cara masukkan flash banner dan GIF banner ke laman anda.
- Cara meletakkan butang bayaran melalui online banking Maybank2u, CIMBclicks dsb.
- Cara set-up akaun Paypal sehingga jadi verified member.
- Cara meletakkan butang bayaran PayNow melalui PayPal.
- Cara upload file html yang sudah lengkap dengan semua ciri2 di atas ke server anda.Membuat semakan dan meneliti common mistakes dalam proses2 di atas.
- Belajar Photoshop Asas
Tajuk 2 : Memasang dan Mengendalikan Sistem Autoresponder.
- Pengenalan kepada sistem Autoresponder.
- Kaedah mendaftar Autoresponder. (TrafficWave)
- Kaedah set-up dan mengaktifkan sistem Autoresponder.
- Kaedah memasang sistem Autoresponder.
- Menjadikan sistem AR mula bekerja untuk anda tanpa henti.
- Cara mencipta Landing Page.
- Cara mencipta dan memasang Lead Capture Form dalam laman anda.
- Cara mencipta mesej2 follow-up yang baik dan berkesan.
- Cara menyedut lebih 30 mesej susulan yang pernah digunapakai oleh Pemasar Internet yang berpengalaman dan terbukti berkesan menghasilkan wang ringgit .Bayangkan berapa banyak masa telah dapat anda jimatkan. untuk memikir, mengarang dan menyusun mesej2 anda.
- Cara mengubah link2 dalam mesej yang telah anda sedut tadi menggunakan Signature Token supaya pelawat diarahkan terus ke laman promosi milik anda sendiri.
- Cara melakukan broadcast message untuk hantaran serta merta kepada semua list anda.
Tajuk 3: Membuat Promosi Laman Web Anda di Internet Secara Autopilot
- Kaedah promosi percuma di laman sosial khususnya di Facebook.
- Kaedah promosi percuma di Tweeter
- Kaedah promosi percuma di You Tube
- Kaedah promosi percuma menggunakan signature links di Gmail dan Yahoo Mail.
- Kaedah promosi percuma menggunakan AFFL
- Kaedah promosi berbayar di Google Adwords
- Kaedah promosi berbayar di Facebook.
Saya menjalankan kursus membina laman web dan pemasaran internet setiap hari kecuali hari Ahad . Yuran kursus adalah RM250 untuk kursus sehari dan RM400 untuk kursus 2 hari. Jumlah perserta adalah terhad kepada 2 orang sahaja . Ini adalah untuk memastikan apa yang disampaikan adalah benar2 dikuasai oleh peserta.
Untuk tempahan dan pendaftaran menghadiri kursus ini sila buat pembayaran melalui butiran seperti dibawah:
![]()
No Akaun: 510143120057
Nama: Richstar Resources
3rd Party Email:
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
![]()
No Akaun:07120000579201
Nama: Rijhon Bin Ikat
Selepas bank in bayaran sila isi borang pengesahan bayaran dibawah ini:
Kursus akan diadakan mengikut tarikh yang anda pilih. Lokasi untuk tempat berkursus adalah seperti berikut:
RICHSTAR RESOURCES, Lot 37, Bilik 2, Tingkat 1, Universiti Plaza, 88450, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Gambar dan lokasi berkursus adalah seperti dibawah:
Lokasi Kursus

Bilik Kursus


Bilik Kursus

Peta Lokasi

INTERNET ADALAH LOMBONG EMAS!
Contoh pendapatan saya dalam perniagaan internet:




Klik di sini sekiranya anda mempunyai
sebarang pertanyaan mengenai KURSUS WEBSITE atau hubungi terus HP: 013-8970829













