Share
Pengumuman
Selamat Datang Ke Website Sentuhanemas.Com.Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti kursus website & pemasaran internet, Web design & Personal Coaching dalam bisnes. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.Terima Kasih.

Borang Daftar
GOLD Spot Price
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2
mod_vvisit_counterYesterday42
mod_vvisit_counterThis week44
mod_vvisit_counterLast week456
mod_vvisit_counterThis month1510
mod_vvisit_counterLast month2720
mod_vvisit_counterAll days23615

We have: 2 guests online
Your IP: 38.107.179.240
 , 
Today: MAY_SHORT 21, 2012

Berita Terbaru

Popular

RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

Kali Terakhir dikemaskini (SUNDAY, 05 FEBRUARY 2012 06:02)

 

Cari Kami Di Facebook